putera izman

hanya sekadar perkongsian

.

Kisah Taubat Lelaki Yang Sibuk

Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri: “Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja.”Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata: “Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?”

“Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia.”Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya.” kata Hasan lagi.

“Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri.” Kata lelaki itu“Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?”“Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut.”

Jawab lelaki itu.“Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan.” Kata Hasan Al-Basri.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Kisah Tauladan dengan judul Kisah Taubat Lelaki Yang Sibuk. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://www.puteraizman.com/2013/02/kisah-taubat-lelaki-yang-sibuk.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - Sabtu, 16 Februari 2013

Belum ada komentar untuk "Kisah Taubat Lelaki Yang Sibuk"

Catat Ulasan

Post Terbaru