putera izman

hanya sekadar perkongsian

Hukum Beri Salam Dengan Lafaz SALAM atau AL-SALAM Sahaja



Soalan:

Apakah hukum mengucapkan salam dengan lafaz SALAM atau AL-SALAM, tanpa menyebutnya secara sempurna Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Ucapan ini disebarkan melalui sms dan seumpamanya. Harap mendapat penjelasan dari Ustaz.

Jawapan:

Asal lafaz salam ialah ْاَلسَّلامُ عَلَيْكُم, lafaz salam tersebut boleh dengan lafaz Makrifah iaitulah ْالسَّلَامُ عَلَيْكُم, boleh juga dengan lafaz Nakirah iaitulah سَلَامٌ عَلَيْكُم, seperti yang terdapat di dalam nas-nas sahih dari al-Quran dan al-Sunnah. Ibn Abi Zaid al-Maliki berkata di dalam risalahnya:


والسلام أن يقول الرجل: السلام عليكم، ويقول الراد: وعليكم السلام، أو يقول: سلام عليكم

Maksudnya: “Lafaz salam iaitulah seseorang menyebut: “Assalamu’alaikum.” Yang menjawab pula menyatakan: “Wa’alaikumussalam.” Atau: “Salamun ‘Alaikum”
Al-‘Adawi ketika mensyarahkan perkataan ini menyebut:

ولا يجزئ السلام فقط بدءا وردا، لأنه عبادة فتتبع كالصلاة

Maksudnya: “Dan tidak  memadai dengan lafaz al-Salam sahaja sebagai memulakan atau menjawab salam, ini kerana salam adalah ibadah, maka ia mesti mengikut sunnah, sepertimana solat.”

Namun demikian sebagian ulama lain berpandangan BOLEH berpada dengan menyebut السَّلَام, atau سَلَامٌ. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz RH di dalam Fatawa Nur ‘Ala al-Darb menyebut:

ويكون السلام بلفظ التعريف: السلام عليكم، أو السلام عليك، ويجوز أن يكون بلفظ سلام عليك، وإن اقتصر على قوله: السلام، فلا بأس، فإن إبراهيم عليه الصلاة والسلام لما رد السلام على الملائكة حين قالوا: سلاما، قال: سلام أي عليكم سلام، وكذلك الابتداء يقول المسلم: سلام يعني سلام عليكم، أو السلام، يعني السلام عليكم، ولا بأس في هذا

Maksudnya: “Lafaz salam boleh dengan lafaz makrifah iaitulah السَّلَامُ عَلَيْكُم, atau السَّلَام عَلَيْك. Boleh juga dengan lafaz سَلَامٌ عليك. Jika berpada dengan menyebut السلام, tidak mengapa juga, kerana Nabi Ibrahim AS ketika menjawab salam Malaikat kepadanya dengan ucapan: سلامًا, baginda menjawab: سَلَامٌ, iaitulah bermaksud ke atas kamu semua juga keselamatan. Demikian juga memulakan salam dengan mengucapkan سلام, iaitulah bermaksud: Keselamatan ke atas kamu semua. Atau dengan السلام, tidak mengapa.”

Oleh yang demikian, HARUS mengucapkan salam dengan menyebut السَّلَامُ  atau سَلَامٌ. Allah SWT berfirman tentang ahli syurga:

تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ

Mafhumnya: “Ucapan penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemuiNya ialah SALAM.” (al-Ahzab: 44)

Wallahu a’lam.

sumber:bin-sahak.blogspot.com

tolong sebarkan info berguna ini..

0 Komentar untuk " Hukum Beri Salam Dengan Lafaz SALAM atau AL-SALAM Sahaja"

 
Copyright © 2014 putera izman - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info