putera izman

hanya sekadar perkongsian

.

Tok Bomoh Mengaku Rogol Gadis 19 Tahun

KOTA BHARU: Seorang ‘Tok Bomoh’ hanya mampu menggelengkan kepala selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan 10 sebatan selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan merogol seorang remaja wanita berusia 19 tahun ketika merawat mangsa, tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman terhadap Norazanni Nordin, 31, yang juga seorang bekas tentera selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Lebih malang, Norazanni terpaksa meringkuk di penjara sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi selesai selepas mahkamah menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.Azman dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam pembelaannya mengakui melakukan hubungan seks itu selepas dirayu mangsa yang didakwa tertuduh bahawa mangsa tidak sedarkan diri ketika itu. “Kata-kata mangsa yang merayu kepadanya seperti yang didakwa tertuduh untuk melakukan hubungan seks dengannya tidak konsisten dengan perbuatan seseorang yang tidak sedarkan diri,” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Norazanni dituduh merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah bilik di rumah mangsa di Machang pada jam 9.30 malam, 18 Mac 2011.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Dipercayai tertuduh dijemput keluarga mangsa ke rumah untuk merawat mangsa yang menghidap penyakit kemurungan dan sering meracau.

Pada hari kejadian, tertuduh masuk ke dalam bilik mangsa kononnya untuk merawat mangsa sebelum merogolnya ketika ibu bapa mangsa berada di ruang tamu.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed memohon tertuduh dikenakan hukuman penjara minimum dengan mengambil kira sumbangan tertuduh kepada negara sepanjang berkhidmat dalam tentera selama 12 tahun.

Katanya, tertuduh memberi sumbangan yang amat penting kepada negara kerana sanggup berkorban menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh.


Anda baru saja membaca artikel yang berkategori berita dengan judul Tok Bomoh Mengaku Rogol Gadis 19 Tahun. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://www.puteraizman.com/2012/06/tok-bomoh-mengaku-rogol-gadis-19-tahun.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - Jumaat, 15 Jun 2012

Belum ada komentar untuk "Tok Bomoh Mengaku Rogol Gadis 19 Tahun"

Catat Ulasan

Post Terbaru