JAIPUR: Seorang bapa memenggal kepala anak perempuannya dan diarak sekeliling kampung kerana berang anaknya itu menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki, kata polis di barat Rajasthan, semalam.Oghad Singh, pekerja kuari batu marmar, menggunakan pedang untuk memenggal kepala anaknya, Manju, 22 tahun, yang sudah berkahwin tiga tahun lalu tetapi berpisah dengan suaminya.
Superintendan polis daerah Rajsamand yang terletak 330 kilometer dari Jaipur, Rahul Katkey berkata, “Tertuduh terganggu dengan hubungan sulit anak perempuannya lalu mengambil langkah yang melampau itu.” Oghad keluar dari rumahnya Ahad lalu sambil memegang kepala anaknya manakala sebelah tangan lagi memegang pedang dipenuhi darah sebelum jiran memujuknya untuk menyerah diri di kampung Doongar Ji Ka Gurha yang terpencil.

Catat Ulasan