putera izman

hanya sekadar perkongsian

.

Kekayaan Sultan Johor Yang Perlu Kita Ketahui

Sultan Johor kedua, Sultan Sir Ibrahim adalah seorang Sultan yang mempunyai kekayaan peribadi yang terlalu banyak. Walaupun menjadi antara manusia terkaya di dunia pada zaman itu, baginda juga terkenal kerana kemurahan hatinya dengan menghulurkan bantuan dengan tangan terbuka.

Di Tanah Melayu tahun 1927, baginda mendermakan $25,000 setiap satu kepada Perak, Pahang, Kelantan, dan Terengganu untuk usaha-usaha bantuan banjir yang keseluruhan berjumlah $100,000.Baginda dan kerajaan Johor pernah menderma 16 pesawat kepada pihak British semasa Perang Dunia I dan menderma AS $12 juta kepada usaha perang British semasa Perang Dunia II.

Dengan bantuan kewangan daripada baginda, Britain menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk memasang tiga senjata api (The Monster Guns) berukuran 15-inci yang terbesar di luar Britain yang dikenali sebagai Johor Battery di Changi untuk pertahanan Singapura pada masa itu.Fasa pemerintahan baginda adalah satu kebanggaan bagi Johor.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Info Am dengan judul Kekayaan Sultan Johor Yang Perlu Kita Ketahui. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://www.puteraizman.com/2012/06/kekayaan-sultan-johor-yang-perlu-kita.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - Isnin, 4 Jun 2012

1 Komentar untuk "Kekayaan Sultan Johor Yang Perlu Kita Ketahui"

  1. Ohh.. fakta sejarah... boleh dapat tau ke kekayaan Baginda Sultan Johor yg terkini... :)

    Special Discounted Price:LL394 | Nur Diana's Collections

    BalasPadam

Post Terbaru