Isteri Tuntut Fasakh Dibelasah


(gambar Hiasan)
KANGAR: Seorang lelaki yang tercabar kerana isterinya mahu meminta fasakh, menerajang serta menghentak kepala isterinya menggunakan topi keledar sehingga wanita itu cedera dalam kejadian di pekarangan Kompleks Jabatan Agama Islam negeri di sini, Ahad lalu.Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci, cedera di kepala serta tangannya akibat tindakan ganas suaminya yang berusia 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wanita itu yang bekerja di Taman Kemajuan di sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Jawi Endul, dekat sini, apabila terserempak dengan suaminya di perkarangan Kompleks Jabatan Agama Islam negeri.Menurutnya, lelaki itu serta wanita berkenaan yang dalam proses perceraian, berselisih faham berkenaan isu rumah tangga mereka sebelum suspek yang berang, mula menyoal isterinya.

“Suspek yang tidak berpuas hati isterinya enggan bersamanya lagi, memukul mangsa menggunakan botol air.
“Wanita itu diterajang di bahagian kepala sebelum dihentak dengan topi keledar lelaki itu.‘Berikutan kejadian itu, wanita berkenaan cedera di kepala dan tangan,” katanya di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, mangsa yang cedera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan polis menahan lelaki berkenaan.


Klik LIKE jika anda rasa Perkongsian Ini Sangat Berguna





About putera izman

Selamat Datang Ke Blog Puteraizman.com jika anda rasakan perkongsian ini bermanfaat sila share menerusi button share yang disediakan kepada mana-mana blogger ingin copy artikel ini mohon berikan credit ke blog ini terima kasih.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan