putera izman

hanya sekadar perkongsian

.

Anak Diberi Dadah Dan Dirogol Oleh Bapanya


MANILA: Selama beberapa bulan dua remaja perempuan dipercayai diberikan dadah oleh bapa mereka sebelum lelaki itu memperkosa mereka sambil dibantu ibu mereka.Kesengsaraan dua beradik itu hanya berakhir selepas bapa mereka memperkosa mangsa ketiga - seorang rakan sekelas mangsa yang dapat melarikan diri dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Kisah mengenai nafsu serakah bapa remaja itu terdedah apabila dia ditahan Khamis lalu di Quezon City di sini.Polis dari balai polis Novaliches, Superintendan Crisostomo Mendoza berkata, kedua-dua beradik itu yang berusia 14 dan 16 tahun dipaksa bapa mereka yang berusia 33 tahun supaya mengambil syabu sebelum memperkosa mereka.

Isteri suspek yang berusia 35 tahun dikatakan turut membantu suspek melakukan jenayah itu dengan memegang tangan mangsa ketika mereka diperkosa. Mendoza berkata, suspek yang ditahan reman tanpa ikat jamin akan didakwa dengan tuduhan rogol, manakala isterinya yang masih bebas akan turut 
didakwa.Menurutnya, suspek dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu. - Manila Times
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori pelik dengan judul Anak Diberi Dadah Dan Dirogol Oleh Bapanya. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://www.puteraizman.com/2012/05/anak-diberi-dadah-dan-dirogol-oleh.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - Sabtu, 5 Mei 2012

Belum ada komentar untuk "Anak Diberi Dadah Dan Dirogol Oleh Bapanya"

Catat Ulasan

Post Terbaru