Headlines News :
Home » » Pelik Gajah Purba Berusia 10000 Tahun Ditemui

Pelik Gajah Purba Berusia 10000 Tahun Ditemui

Written By putera izman on Rabu, 11 April 2012 | 9:28:00 PG

YAKUTIS - Gajah purba yang hidup puluhan ribu tahun lalu, ditemui dalam keadaan masih sempurna, setelah membeku di dalam ais. Gajah kecil itu dianggarkan mati kerana diserang manusia purba.Gajah purba yang biasa dikenal dengan sebutan Mammoth tersebut, ditemui oleh seorang pemburu taring di Ust-Yanksy, Siberia. Dianggarkan gajah itu mati sejak 10.000 tahun yang lalu.


Penyelidik membedah haiwan yang panjangnya 6 kaki itu dengan menggunakan inframerah untuk melihat organ dalamnya. Namun, sebahagian besar dari fosil itu yang dapat dijadikan sebagai bahan kajian hanyalah tulang dan gigi.Haiwan raksasa itu dijangka usianya mencapai 3 hingga 4 tahun. Terdapat dua luka di bahagian belakang badannya.


Para penyelidik meramalkan bahawa luka tersebut bukan disebabkan oleh haiwan lain seperti singa, tetapi kerana perbuatan manusia pada zaman ais. Manusia memburu haiwan itu ketika lapisan ais menutupi 40 peratus belahan bumi utara.Manusia mungkin telah menyumbang terhadap kepupusan haiwan itu, sebelum benar-benar musnah sejak 10.000 tahun yang lalu.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. putera izman - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger