putera izman

hanya sekadar perkongsian

.

20 Produk Pelansing Badan Disenarai Hitam


Lebih 20 produk pelangsing badan disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2010 selepas dikesan mengandungi bahan kimia beracun sibutramine termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail (gambar) berkata, produk mengandungi kimia berbahaya sibutramine sudah sekian lama berlegar di pasaran sebagai makanan kesihatan.

Menurutnya, kimia sibutramine itu diharamkan dalam kaedah perubatan berikutan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan termasuk kesan tidak siuman dan semput kronik.“Sepanjang tahun lalu, sebanyak lapan produk kesihatan dirampas Bahagian Penguat kuasa Farmasi (BPF) selepas didapati mengandungi kimia sibutramine ini.“Bagi tahun ini pula, dua produk kesihatan turut diambil tindakan sama selepas ujian makmal turut menemui kehadiran kimia berbahaya ini,” katanya.
 Menurutnya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik.
 Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
•Kintop
 •Body Beaus
 •BMI-9 Xylimming Capsule
 •Senna Plus Capsule
 Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
 •Lami
 Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
 •Obexlim
 •Slimax Coffee
 •Beaute Fit Body Contour
 •Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
•357 Nasal Spray
 Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
 •Makjun Taufiq Dua Istimewa
 •Majun Dua Istimewa
 •Ginseng Jin Fui Wan
 •Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
 •Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
 •Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
 •Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
 •Makjun Syafiq 3 Istimewa
 •Reepo
 Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
 •Air Ikan Haruan
 Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
 •Eriesya Spa Beauty Cream
 •Atika Beauty Renewal Cream
 •Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
 •Ratna Sari Whitening Night Cream
 •Tia Amelia Krim Jeragat
 •Chantique Whitening Night Cream
 •RZAC White Pearl Cream
 •Nuriz Day and Night Cream
 •Elite Rias Er Cream
 •R&Z Whitening Night Cream
 •Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
 •Pigmentation Recovery Complex
 •Zara Rejuvenation Cream
 •Natasya Krim Herba Gold
 •De Putih Night Cream
 Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
 •Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
 Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
 •Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
 •Qian Tong Dan
 •Raja Ubat Resdung
•Coral Plus UA 350MG

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kesihatan dengan judul 20 Produk Pelansing Badan Disenarai Hitam. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://www.puteraizman.com/2012/04/20-produk-pelansing-badan-disenarai.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - Selasa, 17 April 2012

Belum ada komentar untuk "20 Produk Pelansing Badan Disenarai Hitam"

Catat Ulasan

Post Terbaru