putera izman

hanya sekadar perkongsian

Bapa Rogol Anak Kandung Sendiri

PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua mendakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sekurang-kurangnya tiga kali sejak sebulan lalu di rumah mereka di Taman Medan, di sini, ketika ibunya keluar bekerja.
Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan selepas kejadian terakhir Rabu lalu apabila mendapati bapanya berada di atas badannya dalam keadaan bogel, sebaik mangsa tersedar daripada tidur. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mangsa yang terkejut dengan kejadian itu memaklumkan kepada ibunya yang bekerja sebagai operator kilang sebelum membuat laporan polis.
Katanya, bertindak atas laporan yang diterima, polis menahan bapa mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu di kediaman mereka awal pagi Khamis lalu.
“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati, mangsa dirogol sekurang-kurangnya tiga kali sejak sebulan lalu, namun hanya menyedari perkara itu ketika kejadian terakhir, Rabu lalu.
“Dua kejadian sebelum ini tidak disedari mangsa, dipercayai tidak sedarkan diri ketika perbuatan itu dilakukan dan hanya menyedari sebaik bangun pagi dia dalam keadaan bogel, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk berlaku.
“Suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ibu mangsa keluar bekerja bagi mengelak tindakannya dihidu isterinya,” katanya mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan masih dalam keadaan trauma.
Dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas melarikan wang tunai, telefon bimbit dan teksi milik mangsa yang juga pemandu teksi, di sini, Jumaat lalu.
Ketika kejadian jam 12 tengah malam itu, suspek yang menaiki teksi itu di Kota Damansara meminta mangsa menghantarnya di Seksyen 7, Shah Alam.
“Ketika dalam perjalanan, suspek mengacukan sebilah pisau di leher mangsa dan meminta menyerahkan semua barang berharga sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan dan melarikan teksi terbabit,” katanya.
0 Komentar untuk "Bapa Rogol Anak Kandung Sendiri"

 
Copyright © 2014 putera izman - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info