putera izman

hanya sekadar perkongsian

.

petua mengatasi masalah kelemumur

Salam Sejahtera dan salam perkenalan.Dah lama rasanya tak up date petua kali ini admin ingin kongsikan petua ringkas iaitu cara mengatasi kelemumur.Sebelum itu jom kita lihat apa kata http://anizyn.blogspot.com mengenai kelemumur?

Masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit dan bayi yang baru lahir, tetapi untuk bayi ia dipanggil cradle cap.
Disebabkan kelemumur tidak akan hilang dan akan kembali menyerang, perlu bagi individu menjaga kebersihan rambut dan menggunakan syampu rumusan antikelemumur yang diperkaya dengan bahan antikulat, untuk mencegahnya kembali berulang.

Banyak mitos berhubung kelemumur, termasuk lelaki lebih ramai mengidap kelemumur dan menggunakan perapi boleh menyebabkan timbul kelemumur. Jelas Kim Weng, masalah ini boleh diatasi dengan pengurusan diri yang baik, termasuk mencuci rambut menggunakan syampu rumusan antikelemumur selain berjumpa doktor jika masalah berkenaan semakin teruk.

Sementara itu, saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono, berkata, walaupun masalah kelemumur bukannya penyakit hingga mengancam nyawa, kehadirannya mampu menggoyahkan keyakinan diri dan membawa kepada imej sosial yang negatif.

“Walaupun terdapat banyak syampu antikelemumur di pasaran, ramai pengguna mengadu selepas sekian lama, kelemumur akan muncul kembali. Ini kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu mengenal pasti punca sebenar, iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau kurang nutrien,” katanya.

jadi petua ringkas ini dapat membantu anda mengatasinya 


anda hanya perlu daun inai sahaja dengan cara penggunaan seperti ambil daun inai semangkuk dan tumbuk sehingga halus,kemudian sapukan di kulit kepala yang dibasahi air terlebih dahulu selepas itu anda perlu bungkuskan rambut dengan plastik pembungkus rambut dan biarkan selama setengah jam,kemudian bilas dengan air.selamat mencuba

nak tahu petua lain sila komen dibawah nanti saya syerkan
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori petua dengan judul petua mengatasi masalah kelemumur. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://www.puteraizman.com/2012/02/petua-mengatasi-masalah-kelemumur.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: putera izman - Rabu, 1 Februari 2012

2 komentar untuk "petua mengatasi masalah kelemumur"

Post Terbaru