putera izman

hanya sekadar perkongsian

mayat wanita dalam beg pakaian

Mayat
KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita, yang dipercayai dibunuh sebelum disumbat ke dalam sebuah beg pakaian, ditemui di hadapan sebuah bilik di tingkat tiga hotel bajet di Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat wanita itu yang identitinya belum diketahui ditemui oleh pengurus hotel kira-kira jam 11 malam."Pengurus itu temui sebuah bagasi besar. Disebabkan curiga dengan berat beg itu, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa, lalu menghubungi polis," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, polis tidak dapat mengenal pasti motif pembunuhan.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat


sumber: sinarharian
0 Komentar untuk "mayat wanita dalam beg pakaian"

 
Copyright © 2014 putera izman - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info